Blogger templates

Thursday 26 November 2015

Sos Cili Thai


Assalamualaikum semua!

Makan ayam goreng, nak sos cili Thai, makan udang/sotong goreng tepung, nak sos cili Thai, makan koay teow goreng pun nak bubuh sos cili Thai. Itu senario di rumah saya.

Sebab saya berletiaq ni (orang Kedah punya ayat- maknanya berleter lah tu) ialah sebab selang 2 hari nak kena beli sos Thai tu, bukannya murah pulak tu. Harga sebotol rasanya dekat 6 ringgit.

Jadi, dari dok habis ayaq liuq (air liur) beletiaq kat depa, baik saya buat sendiri. Bukannya susah pun nak buat. Modalnya? Kena rajin sikit.

Ini dia bahan-bahannya. Sangat senang dicari di pasar atau didalam rumah kita.


Cili merah yang segar ( saya pakai 5 biji, ikut berapa pedas yg anda suka)
4 ulas bawang putih
1/2 cawan gula putih
sikit garam utk perisa
2 sudu besar cuka
2 gelas air
1 sudu makan tepung ubi yang dicampur dgn sedikit air menjadi pes cair

Cara penyediaan :

1) Mesin cili dan bawang putih (dengan sedikit air). Jangan terlalu hancur.
2) Keluarkan dari mesin. Masukkan kedalam periuk bersama dengan 2 gelas air tadi dan masak atas api perlahan.


3) Masukkan juga gula, garam dan cuka.
4) Bila sos dah agak menyejat, tuang masuk pes tepung ubi.
5) Reneh selama yang boleh untuk mengeluarkan kesemua perisa drp bahan-bahan yang telah kita gunakan tadi.

Saya mereneh selama dua jam. Tambah air sekiranya agak kering. Bila dah dapat kelikatan atau consistency yang kita mau, baru di tutup api dan biarkan betul betul sejuk.
Sos ini boleh tahan sehingga sebulan sekiranya tidak dicemari dengan tangan yang basah atau sudu yang bercampur dengan bahan lain.


Nak tau apa rasanya? Sebiji macam rasa sos cili Thai Maepranom yang kita beli tu.

Salam dari saya,
Rose
27th.Nov '15

No comments:

Post a Comment