Blogger templates

Monday 28 December 2015

Gulai Sotong

Salam bahagia,

Dah makan tengahari ke? Tak makan lagi? Ehh..tak percaya saya.. dah hampir pukul dua. Pasti perut dah berkeroncong kalau belum makan lagi.

Hari ni saya buat gulai sotong. Gulai ni lebih kurang cara yang sama dengan gulai udang jugak. Tapi tak pa lah, untuk memeriahkan blog saya, saya masukkan juga resipi ni.

Bahan yang diperlukan :

Semestinya sotong  (kuantitinya ikut keperluan kita)
3 sudu makan rempah daging + 1/2 cawan air + 1sudu teh serbuk kunyit
1 sudu kecil jintan manis
1 batang kecil kulit kayu manis
Daun kari
2 biji ubi kentang di potong kecil
2 biji tomato
sedikit kcg panjang
1/2 cawan santan
1 cawan air
1 keping asam keping
2 butir cili hijau dibelah dua.
1 batang serai dititik
Sedikit garam
Sedikit gula

Bawang merah
Bawang putih
Halia
(Semua bahan ini dimayang)


Penyediaannya :

1) Mula-mula sangai jintan manis didalam periuk atau kuali tanpa minyak.

2) Bila dah naik bau, masukkan sedikit minyak untuk menumis.


3) Bila minyak dah agak panas, campak masuk bwg merah, bwg putih, serai, halia dan daun kari.

4) Tumis sehingga agak kekuningan.


5) Setelah itu, tuang masuk pes rempah bersama ubi kentang dengan menggunakan api sederhana.
    Biarkan sampai pecah minyak.

6) Sekarang tambah secawan air dan biar lagi sehingga ubi empuk. Waktu ni masukkan tomato.
    Mungkin ambil masa 10 minit utk ubi tadi empuk.

7) Bila dah empuk, baru masukkan santan, garam, gula dan asam keping.
    Biar sampai mendidih dan kuatkan api.

8) Terakhir, dan paling penting, masukkan sotong juga kcg panjang sejurus sebelum menutup api.
    Sotong tidak perlu dimasuk terlalu lama. Ia akan menjadi liat kalau terlebih masa.
    Cukup selama lebih kurang 5 minit.


9) Tutup api dan keluarkan dengan segera sotong dan kuahnya sekali kedalam mangkuk supaya
    sotong tidak terus masak didalam periuk yang masih panas.

10) Gulai sotong siap untuk dimakan.

Anggaran costing :

Sotong 5 ekor    - RM 5.00
Santan              - RM 0.50
Semua rempah
ratus                 - RM 4.00

Jumlah             = RM 9.50 (untuk hidangan 4 ~ 5 orang)

---------------------------------------

Salam dari saya,
Rose
29th.Dec '15

No comments:

Post a Comment