Blogger templates

Tuesday 16 February 2016

Dari Sungai Buloh Ke Batu Gajah

Assalamualaikum semua,

Cuti Raya Cina (8hb. & 9hb.Feb) baru-baru ni, kami sekeluarga ke Batu Gajah, Perak.
Anda mungkin bertanya, Kenapa dan buat apa? Sebab semua cuti dan sebab perjalanan ni tak menelan belanja yang banyak.

Anda mungkin bertanya lagi, kenapa Batu Gajah? Sebab hanya di Batu Gajah terdapat Kellie's Castle.
Saya sebenarnya bukan peminat tegar sejarah, saya lebih kepada Geografi. Tapi daripada tak buat apa, ada baiknya keluar tengok dunia sat.

Dari tempat saya ke Kellie's Castle mengambil masa selama lebih kurang 2jam 40 minit. Kami guna trunk road atau jalan biasa iaitu melewati Rawang, Serendah, Kuala Kubu Baru, Tg Malim sehinggalah sampai ketempat yang di hajati.

10 minit sebelum sampai ke Kellie's Castle iaitu pada jam 1.15pm, kami berhenti makan tengahari di Pekan Gopeng. Since saya juga menulis blog Makan-Makan Time, di sini saya nak ambil kesempatan share restoran makan sewaktu disana. Nama restoran tu ialah Restoran Sinar Iman  dan ia terletak betul-betul dalam pekan Gopeng. Walaupun restoran ini sangat besar dan luas,mereka mengambil 2 lot. Satu dimana kami berhenti makan, manakala yang satu lagi diseberang jalan.     .


Yang bagusnya tentang restoran ini ialah, mereka bukan sekadar menjual nasi campur semata-mata pada waktu puncak, mereka malah menerima order sekiranya kita nak minta makanan segera yang bergoreng seperti nasi goreng dan lain-lain. Disini juga ada nasi ayam dan Western Food. What else can one ask for? Cewah! Tetiba pulak termasuk ayat-ayat London.


Pada hari tu, suami saya dan Soffian makan nasi campur, dua2 orang ambik ikan keli goreng dan lauk lain. Sara minta nasi ayam, manakala saya dan Sophie masing-masing minta nasi goreng. Air sorang segelas. Agak-agak berapa harga untuk semua yang kami makan. RM28.00, macam tak percaya pulak, betul ke harga yang dia orang kira ni sebab bagi saya, agak murah berbanding dengan ditempat lain.
Suami saya kata lauk pauk mereka juga sedap sedap, bak kata suami, ada rasa.

Jadi bagi sesapa yang nak ke Kellie's Castle lain kali, boleh buat pit stop kat sini dulu sebab dekat Kellie's Castle tak ada kedai makan. Depa cuma ada cafe macam tu ja.

Okay, perut dah kenyang dan mata semua dah cerah balik. Syok memandu di sini seolah-olah sedang memandu di Langkawi. Jalan raya tenang tak banyak kereta. Sampai di Kellie's castle, kami tengok banyak kereta di tempat parking. Aduh! Saya fikirkan tak ada orang yang nak mai ke sini, meleset jangkaan saya.

Suami ke kaunter bayaran tiket untuk membayar buat kami semua. Harga tiket RM5.00 setiap sorang.
Walaupun banyak cerita seram yang diperkatakan tentang tempat ini, bagi saya tidak ada perasaan seumpama itu. Mungkin sebab ditengah rembang matahari ataupun juga sebab istana ini telah banyak dibaik pulih, jadi keaslian dalaman istana tersebut dah tak ada lagi.


Tak ada yang menarik perhatian saya. Rasanya tak perlu saya menulis tentang sejarah tempat ini sebab dah banyak blog dan artikel pernah menulis tentang tempat ini.

Saya dan suami cari bangku di tepi bangunan dan duduk melepaskan mengah. Kami biarkan Pian, Sophie dan Sara meneroka tempat itu. Soffian memang minat benda-benda yang berunsurkan mistik ni. Sayang! Anak sulung saya, Ariff tak ada bersama, kalau tak, dah cukup korum kami.

Selepas hampir sejam menghabiskan masa disana, kami bertolak keluar dari kawasan itu. Cadangnya nak meneroka Gua Tempurung pula. We're not in a hurry jadi drive pun santai-santai saja. Kami sampai ke Gua Tempurung lebih kurang jam tiga. Anak-anak dah exited nak buat aktiviti yang ada.
Tengok-tengok tutup pulak tempat ni. Ramai manusia yang datang nak meneroka gua ni,alih-alih tutup pulak sebab cuti raya Cina.
Bagi saya, time cuti macam ni lah yang sepatutnya dibuka. Aihh..hampa juga rasa dihati.

Disebabkan banyak masa lagi, kami plan singgah di air terjun Lata Kinjang.
On the way nak ke Lata Kinjang, kami passed by RTC Gopeng. Kalau dibandar kita guna UTC, ini dikampung jadi RTC (Rural Transformation Center).
Saya teruja nak singgah sebab ingat nak beli bahan-bahan segar seperti buah dan sayuran dari sini. Lagi sekali kami hampa, banyak kedai dan gerai tutup. Kalau hari lain, dah tentu-tentu saya borong semua benda yang saya nampak. Kedai makan dan restoran pun banyak tapi banyak yang tutup, gerai jual ikan pun tak ada satu yang buka (mungkinkah ikan dijual disebelah pagi saja?)
Luas betui kawasan ni, sayang sungguh kami langkah kiri hari tu.

Dari situ kami keluar dan meneruskan perjalanan ke Lata Kinjang. Ikut GPS. Dibawanya masuk ke jalan yang penduduknya rata-rata orang asli. Jalan sempit dan berliku-liku tapi kami semua teruja.
Akhirnya sampai juga kami ke Lata Kinjang. Disini juga ramai orang berkunjung. Nak park kereta pun jenuh nak cari space kosong.


Sebetulnya saya dah letih, maklum sajalah usia sebegini memang cepat letih. Tapi budak-budak ajak juga temankan dia orang, saya ikut jugak. Cantik tempat ni tapi saya lebih sukakan Sungai Chilling di Kuala Kubu Baru. Boleh baca mengenainya di entri saya Tempat Mandi Paling Cool Sungai Chilling
Lata Kinjang berada didalam kawasan Tapah. Sekarang ni hujan agak kerap jadi air pun banyak melimpah dan laju jeramnya. Hati-hati bila bergerak diatas batu batu disini kerana batu-batunya agak licin berbandin tempat lain.

Habis mandi-manda, baru kami bertolak pulang.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah, kalau plan kita tak seperti yang direncanakan, kita tukar atau improvise. Cara itu, kita ada banyak option dan kurang rasa terkilan.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Malaysia umumnya dan di Perak khasnya. Kita boleh cari sendiri tempat-tempat yang ingin dilewati tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Start enjin kereta, buka GPS dan pergi kemana saja yang ingin kita pergi.

Kalau tak mampu berbelanja lebih, buat macam saya. Overall, kami hanya berbelanja lebih kurang 150 ringgit sahaja termasuk tol dan minyak kereta.

Salam dari saya,
Rose
17th.Feb '16


No comments:

Post a Comment